WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Jangan Panik! Kenali dan Tangani Situasi Tercekik dengan Betul | W178
9 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 8 September 2026, hari Selasa, seorang peserta telah menyertai program NADI Kesejahteraan Kendiri yang menganjurkan webinar bertajuk “Jangan Panik! Kenali dan Tangani Situasi Tercekik dengan Betul” yang menampilkan Kapt. Bersekutu (PA) Ahmad Al Syafiq, Eksekutif Perubatan, MRIC Healthcare di NADI Bengoh pada jam 10:30 pagi.
Tercekik boleh berlaku pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja. Dalam situasi kecemasan, tindakan yang pantas dan betul amat penting bagi membantu menyelamatkan nyawa serta mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.
Sehubungan itu, Studio Sihat menerusi beliau akan berkongsi pengetahuan dan panduan penting kepada orang ramai untuk mengenali tanda-tanda tercekik serta mengetahui tindakan yang betul apabila berdepan situasi kecemasan berkenaan.
Webinar tersebut diadakan secara dalam talian menerusi Google Meet. Program ini adalah percuma dan orang ramai digalakkan mengambil peluang untuk meningkatkan pengetahuan serta kesiapsiagaan dalam menghadapi kecemasan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: